Followers

Monday, June 6, 2011

Batu Vs Peluru



Ini kes menarik difahamkan penduduk palestin yang terlibat dalam rusuhan ini berjaya memacakkan bendera palestin di Bukit Golan. Apa pengajaran yang kita dapat ek? Walaupun dihujani peluru dari tentera Israel para perusuh tidak gentar bergerak ke depan. Mereka silih berganti berada di hadapan menghadapi tentera Israel menggantikan rakan mereka yang cedera dan terbunuh. Agak pelik bagaimana mereka mampu menembusi tentera Israel yang lengkap bersenjata. Ok, berdasarkan pengetahuan aku la kadar kelahiran penduduk Israel amatlah rendah. Ini dibuktikan dengan kemasukan imigran yahudi dari luar Israel untuk menampung kekurangan ini. Berdasarkan rakaman yang ditunjukkan untuk peristiwa di Bukit Golan ini, kita dapat lihat tentera Israel berselindung dari lontaran batu penduduk Palestin. Sedangkan penduduk Palestin gah menahan badan mereka untuk peluru Israel.

Pengajarannya, betullah berani kerana benar. Takut kerana salah. Penduduk Palestin berjuang demi hak. Sedangkan tentera Israel hanyalah bekerja kerana gaji.

Alangkah bagusnya sekiranya mereka ini menjadi gerombolan pembebasan Palestin kerana mereka membuktikan keberanian dan integriti mereka dengan jitu. Insya Allah peristiwa pembebasan Selatan Lebanon dapat berulang lagi tapi kali ini di Palestin.

Andainya batu ditukarkan dengan peluru ...........................

No comments: