Followers

Sunday, December 26, 2010

RELAX
Aku relax je..... Rasanya macam dah seminggu ....... Gaji pun x de ....... Duit dah mengering ..... Pening jugak otak nie tapi layan je a ......... Dah nasib aku nak wat cmaner ...... Adala rezeki lain untuk aku ... Hope lepas nie aku nak dapatkan apa je yang aku nak .......... X nak tangguh-tangguh lagi .... Kalu jadi macam sekarang apa pun aku x dapat .............. Tapi biler dah stress sangat aku cari sorang budak tu ...... Leh la aku nyorok sikit dari problem aku .... Tapi upenyer x lama aku punyer relax ............ Sebab biler aku dekat ngan budak tu aku jadi x sabar nak tamatkan sumer nie ............. Kalu leh nak dapat ending dia terus ....... So aku x yah la nak pening lagi ........... Setahu aku biler ada dia ............. Aku macam x de poblem ............. Hepi je ........... Biler ek leh setel semua nie....................

Saturday, December 25, 2010

Apa Jadi Ari Ni?

Ari ni aku sorang-sorang lagi la kat umah. wawawawawawawa. macam biasa main game. tengok tv. tido. poblem x setel-setel gak. layankan aje. agak-agakla berapa lama la aku leh tahan nie ........... wiwiwiwiwiwiwiwiwiwiwiwiwiwi

Thursday, December 23, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Citernyer ari nie aku nak pi amik motor aku kat KDSM umah member aku.
ALkisahnya, membe aku tu lak dah lewat nak pi kije. So dia tinggalkan kunci motor aku kat dalam kasut luar pintu umah dia kalu aku sampai la. Tapi tup tup membe aku yang aku tumpang nie nak pi opis dia dulu lak. Sementara tu dia suh la aku lepak kat kedai makan seberang jalan. Aku pun melangkah la ngan penuh macho nak pi kedai tu. Nak melintas punyer la lama sekali dah lintas aku angkat muka kedai tutup lak. 24 hours konon, yang aku pun satu x tengok awal2 sapa suh. dah nak kena kontrol macho lagi cover malu. 
Adeish. Last2 aku tido dalam keta sementara tunggu membe aku siap kije dia jap. 
Dah setel kije dia lak aku lak pening kepala otak mungkin sebab eksiden itu ari kot x jadi la pi amik motor. Tau2 kitorang pi bekpes kat utan bandar. Pergh. Best. Lama x bekpes sama-sama. Dah 10 tahun kitorang kenal. Berdekakla. Makila. Dah x peduli dah ngan orang keliling. Dah macam port tu kitorang punyer lak.
Kat situ la datang idea tengok movie. Bukan senag doq mat-mat jantan nak tengok movie kalu bukan x ngan awek. Cadangan pertama tengok 'Tron'. Cadangan ditolak seratus peratus. Wawawawawawa.
Ko ingat kitorang yang berdekak nie suka tengok citer fiksyen yang mengarot tu. Mestila tengok citer berdekak HKLBU. Wawawawawawawa.
Citer dia memang best. Berdekak je memanjang. Yang bestnya kitorang dapat spent masa sama-sama. Yup. Kije pun x sama. Port pun dah jarang. Tau pi kije balik kije je. Pas tu pikir biler nak setel utang. Thanx my bro. Ingatlah time kita lepak kat kerusi gintell tu sementara tunggu masuk wayang. Hope leh spent masa mcm nie lagi doq. X kira la dah kawin ke. Dah ada anak ke. Cucu ke.
Persahabatan Adalah Utama.
Sebab tu kot kitorang suka makan pau.
* nak tau pasal citer tu tengok la sendiri doq.





Friday, December 17, 2010

Hari Ini
Pagi-pagi dah ada yang kol kejutkan
 Aku still malas lagi biler pikir balik pasal kije aku
Tapi aku bangun gak bile staf aku kol
cakap ada orang kacau department aku
Akula bos paling x bertanggungjawab rasanya
Lari biler ada problem
Tapi aku lari ke 
Aku just nak puaskan hati orang yang
Tikam aku je kot
Aku pun x tau sampai biler
Jujur
Aku dah malas nak pikir pasal kije
Tapi orang cakap tahan je
Cukup bulan dapat gak belanja
Tengok je la apa jadi






 

Thursday, December 16, 2010

Profesionalisme?

Apa maknanya ek? Selalu diungkapkan.
Biasanya dalam kerja. Kalau anda ikot prosedur anda profesional.
Kalu anda langgar. Anda tidak berdisiplin dan tidak layak dengan kerja anda. 
Maksudnya anda tidak profesional. Tidak kira apa motif anda.
Anda akan dihukum. So pilihlah sendiri.
Tapi jujur aku x pandai nak pilih.
Aku tau x kira apa pun jalan dia. 
Janji kerja setel dan untuk kerja. 
Jawapannya,
samada aku berhenti kerja atau dibuang kerja.
Tunggu je la beb.



Friday, December 10, 2010

Perlu Ke Menanti?

Hanya masa dan waktu kan menjadi saksi
Saat tiba waktu yang terindah itu

Kau tersenyum saat ku menyanyi riang
Kau menangis mentafsir laguku

Jujur
Aku senantiasa memerlukan
Dirimu yang hanya satu bagiku
Senyumanmu
Tawamu
Riangmu
Manjamu

 

Thursday, November 25, 2010

Kenapa perlu menghukum ................

Memang salah aku inginkan yang indah
Memang salahku inginkan kesempurnaan
Memang salahku inginkan kau di sisi
Memang salahku menjanjikan sesuatu yang x pasti

Salahkanlah aku
Salahkah aku kerna inginkan yang indah
Salahkah aku inginkan kesempurnaan
Salahkah aku inginkan kau disisi
Salahkah aku menjanjikan apa yang kuinginkan

Sekarang aku sudah berpaling
Perlukah kau merintih
Perlukah kau tangisi 
Perlukah kau kenangkan
Perlukah kau ungkapkan

Bila ada
Kau biarkan aku sunyi
Kau biarkan aku sepi
Kau biarkan aku sendiri
Kau biarkan aku bertemankan bosan
 
Bila tiada
Kau luahkan segala kesedihan kau
Kau buatkan aku orang yang paling tidak berhati perut

Memang salah aku ...............








 














Friday, November 19, 2010

Cinta....................... Apa maksudnya???

Maaflah kira aku menghukummu
sepantas yang tidak mudah kau terima
aku inginkan perhatian
Jarak memang memisahkan kita
Kesibukanmu menghukumku
Membuatkan ku bosan dalam penantian
Jemu dengan alasanmu

Aku hanya mendambakan 
Hubungan yang sama seperti yang lain
Sekiranya jarak menjadi bebanan
Cukup sekadar berbalas sms

Tapi dirimu diam membisu
Membuatku memilih jalan mudah
Menamatkan hubungan yang suci ini
Mencari pengganti yang bisa menemaniku

Apa yang ku harap kau kan sentiasa berusaha
mencari apa yang patot menjadi milikmu 
KEBAHAGIAAN

Sesuatu yang gagal kukecapi
Sesuatu yang gagal ku hadiahi
SALAM!!!!!!!!!!!!!!!









Monday, August 30, 2010

Kerinduan.................

Sudah hampir 6 tahun ku merantau... Tiada pencapaian yang aku leh banggakan lagi ............Still mencari .. Quite kosong aku rasa ....... Tak tau apa yang aku kejar .... Tak tau apa yang aku nak .... Aku macam nie gak .... Bagi aku kawan la yang dekat dengan aku .... Tapi sekarang aku tersedar aku rindukan family aku .... Aku rindukan gelak ayah aku ... mak aku .... adik aku .... abang aku ... akak aku .... rindu nak dengar anak buah aku menangis ... ketawa .... Mungkin dah sampai masa untuk aku fikirkan yang betol untuk hidup aku .... Kerjaya x kan kemana ........... Keluarga la yang terpenting ........... Kepuasan bukan datang dari segi pangkat atau kemewahan ....... Kepuasan datang dari kejayaan membina sebuah institusi ........ institusi yang asas adalah 'keluarga'...............  Kejayaan membimbing keluarga ke arah yang benar merupakan satu petanda positif akan keupayaan kita dalam memimpin .........  Mengekalkan tidak semudah membina ....... Setakat ini aku masih gagal ......... Tahniah buat my father and my mother although I'm not the best but I'm someone right now ...... Love you mom & dad ............... Will try to be close to your side ......... Memang betol ibubapa akan buat yang terbaik untuk anaknya ............ tapi anak yang ramai tak semestinya mampu menjaga ibubapanya .......... Maafkan aku mak and ayah ........... Anakmu rindukanmu .........................

Sunday, August 22, 2010

Hari Raya dan Saya

Semua orang gembira bila mendengar perkataan ini 'Hari Raya'. Tapi tidak semua yang mengecapi kemeriahan hari raya, malah terlupa akan istimewanya hari raya. Saya sendiri hanya tersedar bila pulang ke rumah, buka televisyen, keluarlah takbir raya. Sedih hanya diri sendiri yang tahu. Kadang-kadang tuntutan kerjaya melebihi kemahuan kita sendiri. Semakin hari bertambah semakin besar keinginan kita baik dari segi kerjaya mahupun peribadi.

Individu dalam hidup kita silih berganti. Sama ada teman wanita, rakan, bos, mahupun staf. Tapi kita tetap kita. Hanya kita yang menetukan halatuju hidup kita. Kesempitan kewangan kadang-kadang menghukum kita dari segi emosi mahupun kredibiliti kita dalam menguruskan diri kita sendiri. Yup, saya masih belajar mengenali diri saya sendiri.

Harapan saya agar tempoh pengajian itu tamat secepat yang boleh. Tiada siapa mahu terus berada dalam keadaan tertekan baik di tempat kerja atau di rumah. Semua mahukan kehidupan yang stabil dan senang. Semuanya terurus tapi bilakah masa itu akan sampai. Terpulang pada usaha kita sendiri.

Betul. Tidak salah kita pergi ke seminar motivasi Azizan yang merupakan bekas majikan saya dahulu. Anda bijak memilih tapi tahukah anda Azizan adalah orang yang lagi bijak daripada anda kerana pandai menggunakan kesempatan yang ada. Macam mana dengan diri anda pula, adakah masih mengikut acuan, ajaran atau arahan daripada orang lain lagi.

Sedarlah sebenarnya kita adalah antara bangsa yang terhebat suatu masa dahulu. Apa yang perlu ada hanyalah kesedaran dalam diri sendiri berdasarkan batas agama dan akal kita.

Ini bukanlah kerana apa. Saya tuju ini hanyalah untuk diri saya sendiri. Saya sudah puas bekerja dengan orang lain tapi sentiasa mencari dan masih mencari peluang meningkatkan taraf hidup saya sekarang. Idea tanpa usaha tiada hasil tapi agak terhad apa yang saya fikirkan. Peluang ada tapi masa kerja yang panjang membataskan kemampuan saya.

Saya seronok melibatkan diri dalam bidang jualan ini kerana saya dapat tahu apa yang sebenarnya diinginkan oleh kita dalam seharian malah kosnya yang sebenar. Berdasarkan pemerhatian saya ini, sekiranya sesiapa sahaja ada peluang, keinginan dan kemampuan mampu berjaya dalam bidang perniagaan ini.

Jangan silap langkah dengan tuntutan kemahuan diri anda.

Monday, May 17, 2010

RASUAH PILIHANRAYA

Salam saudara,

Dua pilihanraya telah berlabuh. Ada menang ada kalah. Terimalah seadanya kerana itulah suara rakyat.Tiada apa yang mampu dikatakan cuma sedikit kekesalan akan kaedah kempen yang dilakukan pemerintah. Dulu kita minta peruntukan mungkin sukar. Kerana pilihanraya rakyat dijanjikan macam-macam asalkan parti berkenaan menang di kawasan tersebut. Satu lagi kesilapan dibuat kerana motifnya adalah parti berkenaan bukannya ikhlas kerana rakyat. Renungkanlah saudara betapa mudahnya anda akan dapat peruntukan untuk kawasan anda. Doa je wakil rakyat anda yang gagal berkhidmat tu meninggal (mintak jauh). Secara automatik pilihanraya baru akan dilakukan untuk memilih wakil baru dengan janji baru. Sekiranya anda buta dan pekak. Anda akan pilih apa yang anda dengar. Tolonglah kaji dulu sebelum mengundi apa yang anda mahu. Saya mahukan kemajuan yang sama yang kita kecapi di Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Penang. So tak perlulah anak cucu saya merantau ke tempat orang kerana semua diorang boleh dapat di negeri sendiri bukannya di tempat orang. Hope to see new era of development.

Friday, May 7, 2010

KEMAJUAN TERENGGANU

STADIUM SULTAN MIZAN



Siapakah yang bersalah untuk pembaziran ini? Apakah keuntungan yang rakyat dapat dari semua ini? Mungkin ini topik lapuk. Tapi jadikan kes ini sebagai pengajaran bahawa ada sesuatu yang berlaku di sini. Untuk Datuk Idris Jusoh, kita pernah berjumpa secara tidak langsung ketika Gelombang Biru di Dungun. Betapa gahnya rakan anda mengherdik saya hanya kerana saya menegur rakan anda merokok di dalam kawasan restoran. Hari itu rakan anda membuka pekung ahli politik yang sebenar. Baik kerana undi bukan kerana rakyat. Saya pun warganegara Malaysia. Tanggungjawab saya menegur apa yang tidak betul.

Thursday, May 6, 2010

Pilihanraya Dan Kemajuan

Salam..............

Betapa mudahnya janji dilontar dan ditunaikan setiap kali pilihanraya dimenangi.Sekiranya gagal apa akan jadi dengan janji itu. kita mudah dipermainkan dengan kata-kata. Saya bukanlah ahli politik cuma kecewa melihat ketaksuban kita sekarang sudah berubah hanya kepada kata-kata daripada orang yang sama darjahnya dengan kita. Lupakah kita pada janji kita untuk patuh pada sembah kita. lihatlah contoh apa yang berlaku kerana terlalu taksub akan politik. Kita terpaksa jadi lalang untuk mendapatkan apa yang kita kehendaki. Sekiranya parti berkenaan gagal, kita menyokong parti lawan. Itulah yang selalu terjadi sekarang. Lupakah kita pada perjuangan nenek moyang kita, memerdekakan diri kita daripada unsur penjajahan. Hasilnya bendera Union Jack berjaya diturunkan. Komunis berjaya diusir.

Ambil tahu tidak salah tapi jangan mudah lupa. Lidah rakyat yang bersuara mampu memantapkan apa yang kita perjuangkan. Jangan hanya taksub pada politik tanpa melihat tahap kemajuan yang kita kecapi. Jangan ke udara lagi tiada pelabur luar ingin masuk ke sesuatu negeri kerana masalah geografi yang dihadapi atau apa sahaja. Tiada kemajuan tanpa cabaran. Belum cuba belum tahu. Atau sesebuah negeri itu harus dikorbankan untuk kemajuan negeri lain. Layanan setaraf harus diberikan kepada setiap negeri mungkin berdasarkan jumlah penduduk atau keluasan negeri. pakar ekonomi lebih arif akan penyelesaian ini. Setiap negeri mempunyai kelebihan gunakanlah ia secukupnya. Janganlah hanya mendabik dada 'UNDILAH SAYA SEKIRANYA ANDA MAHU BERUBAH'.

Kita sudah melihat akan kesan pada ketaksuban kita. Ada yang menang sorak sahaja. Ada yang berbangga. Ada pelaburan yang sia-sia sahaja tanpa membawa hasil. akhirnya diam tanpa penyelesaian atau penyelesaiannya tertangguh. Kerana sayangkan parti kita amalkan tunggu dan lihat atau mereka lebih tahu.

Sedarlah undi di tangan anda! Undilah untuk kemajuan generasi akan datang. Ahli politik jangan pandang jawatan sahaja. Jujurlah. Ikhlaslah. Kerana generasi akan datang mengharapkan apa yang kita lakukan hari ini. Masa berlalu dengan pantas. 2020 sudah dekat. Ukurlah, muhasabahlah, musyawarahlah. Di manakah tahap kita sekarang.........................................

JANGAN HANYA MENANG SORAK TAPI KAMPUNG TERGADAI