Followers

Thursday, May 6, 2010

Pilihanraya Dan Kemajuan

Salam..............

Betapa mudahnya janji dilontar dan ditunaikan setiap kali pilihanraya dimenangi.Sekiranya gagal apa akan jadi dengan janji itu. kita mudah dipermainkan dengan kata-kata. Saya bukanlah ahli politik cuma kecewa melihat ketaksuban kita sekarang sudah berubah hanya kepada kata-kata daripada orang yang sama darjahnya dengan kita. Lupakah kita pada janji kita untuk patuh pada sembah kita. lihatlah contoh apa yang berlaku kerana terlalu taksub akan politik. Kita terpaksa jadi lalang untuk mendapatkan apa yang kita kehendaki. Sekiranya parti berkenaan gagal, kita menyokong parti lawan. Itulah yang selalu terjadi sekarang. Lupakah kita pada perjuangan nenek moyang kita, memerdekakan diri kita daripada unsur penjajahan. Hasilnya bendera Union Jack berjaya diturunkan. Komunis berjaya diusir.

Ambil tahu tidak salah tapi jangan mudah lupa. Lidah rakyat yang bersuara mampu memantapkan apa yang kita perjuangkan. Jangan hanya taksub pada politik tanpa melihat tahap kemajuan yang kita kecapi. Jangan ke udara lagi tiada pelabur luar ingin masuk ke sesuatu negeri kerana masalah geografi yang dihadapi atau apa sahaja. Tiada kemajuan tanpa cabaran. Belum cuba belum tahu. Atau sesebuah negeri itu harus dikorbankan untuk kemajuan negeri lain. Layanan setaraf harus diberikan kepada setiap negeri mungkin berdasarkan jumlah penduduk atau keluasan negeri. pakar ekonomi lebih arif akan penyelesaian ini. Setiap negeri mempunyai kelebihan gunakanlah ia secukupnya. Janganlah hanya mendabik dada 'UNDILAH SAYA SEKIRANYA ANDA MAHU BERUBAH'.

Kita sudah melihat akan kesan pada ketaksuban kita. Ada yang menang sorak sahaja. Ada yang berbangga. Ada pelaburan yang sia-sia sahaja tanpa membawa hasil. akhirnya diam tanpa penyelesaian atau penyelesaiannya tertangguh. Kerana sayangkan parti kita amalkan tunggu dan lihat atau mereka lebih tahu.

Sedarlah undi di tangan anda! Undilah untuk kemajuan generasi akan datang. Ahli politik jangan pandang jawatan sahaja. Jujurlah. Ikhlaslah. Kerana generasi akan datang mengharapkan apa yang kita lakukan hari ini. Masa berlalu dengan pantas. 2020 sudah dekat. Ukurlah, muhasabahlah, musyawarahlah. Di manakah tahap kita sekarang.........................................

JANGAN HANYA MENANG SORAK TAPI KAMPUNG TERGADAI

No comments: