STADIUM SULTAN MIZAN
Siapakah yang bersalah untuk pembaziran ini? Apakah keuntungan yang rakyat dapat dari semua ini? Mungkin ini topik lapuk. Tapi jadikan kes ini sebagai pengajaran bahawa ada sesuatu yang berlaku di sini. Untuk Datuk Idris Jusoh, kita pernah berjumpa secara tidak langsung ketika Gelombang Biru di Dungun. Betapa gahnya rakan anda mengherdik saya hanya kerana saya menegur rakan anda merokok di dalam kawasan restoran. Hari itu rakan anda membuka pekung ahli politik yang sebenar. Baik kerana undi bukan kerana rakyat. Saya pun warganegara Malaysia. Tanggungjawab saya menegur apa yang tidak betul.
No comments:
Post a Comment