Followers

Monday, May 17, 2010

RASUAH PILIHANRAYA

Salam saudara,

Dua pilihanraya telah berlabuh. Ada menang ada kalah. Terimalah seadanya kerana itulah suara rakyat.Tiada apa yang mampu dikatakan cuma sedikit kekesalan akan kaedah kempen yang dilakukan pemerintah. Dulu kita minta peruntukan mungkin sukar. Kerana pilihanraya rakyat dijanjikan macam-macam asalkan parti berkenaan menang di kawasan tersebut. Satu lagi kesilapan dibuat kerana motifnya adalah parti berkenaan bukannya ikhlas kerana rakyat. Renungkanlah saudara betapa mudahnya anda akan dapat peruntukan untuk kawasan anda. Doa je wakil rakyat anda yang gagal berkhidmat tu meninggal (mintak jauh). Secara automatik pilihanraya baru akan dilakukan untuk memilih wakil baru dengan janji baru. Sekiranya anda buta dan pekak. Anda akan pilih apa yang anda dengar. Tolonglah kaji dulu sebelum mengundi apa yang anda mahu. Saya mahukan kemajuan yang sama yang kita kecapi di Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Penang. So tak perlulah anak cucu saya merantau ke tempat orang kerana semua diorang boleh dapat di negeri sendiri bukannya di tempat orang. Hope to see new era of development.

No comments: