Followers

Sunday, August 22, 2010

Hari Raya dan Saya

Semua orang gembira bila mendengar perkataan ini 'Hari Raya'. Tapi tidak semua yang mengecapi kemeriahan hari raya, malah terlupa akan istimewanya hari raya. Saya sendiri hanya tersedar bila pulang ke rumah, buka televisyen, keluarlah takbir raya. Sedih hanya diri sendiri yang tahu. Kadang-kadang tuntutan kerjaya melebihi kemahuan kita sendiri. Semakin hari bertambah semakin besar keinginan kita baik dari segi kerjaya mahupun peribadi.

Individu dalam hidup kita silih berganti. Sama ada teman wanita, rakan, bos, mahupun staf. Tapi kita tetap kita. Hanya kita yang menetukan halatuju hidup kita. Kesempitan kewangan kadang-kadang menghukum kita dari segi emosi mahupun kredibiliti kita dalam menguruskan diri kita sendiri. Yup, saya masih belajar mengenali diri saya sendiri.

Harapan saya agar tempoh pengajian itu tamat secepat yang boleh. Tiada siapa mahu terus berada dalam keadaan tertekan baik di tempat kerja atau di rumah. Semua mahukan kehidupan yang stabil dan senang. Semuanya terurus tapi bilakah masa itu akan sampai. Terpulang pada usaha kita sendiri.

Betul. Tidak salah kita pergi ke seminar motivasi Azizan yang merupakan bekas majikan saya dahulu. Anda bijak memilih tapi tahukah anda Azizan adalah orang yang lagi bijak daripada anda kerana pandai menggunakan kesempatan yang ada. Macam mana dengan diri anda pula, adakah masih mengikut acuan, ajaran atau arahan daripada orang lain lagi.

Sedarlah sebenarnya kita adalah antara bangsa yang terhebat suatu masa dahulu. Apa yang perlu ada hanyalah kesedaran dalam diri sendiri berdasarkan batas agama dan akal kita.

Ini bukanlah kerana apa. Saya tuju ini hanyalah untuk diri saya sendiri. Saya sudah puas bekerja dengan orang lain tapi sentiasa mencari dan masih mencari peluang meningkatkan taraf hidup saya sekarang. Idea tanpa usaha tiada hasil tapi agak terhad apa yang saya fikirkan. Peluang ada tapi masa kerja yang panjang membataskan kemampuan saya.

Saya seronok melibatkan diri dalam bidang jualan ini kerana saya dapat tahu apa yang sebenarnya diinginkan oleh kita dalam seharian malah kosnya yang sebenar. Berdasarkan pemerhatian saya ini, sekiranya sesiapa sahaja ada peluang, keinginan dan kemampuan mampu berjaya dalam bidang perniagaan ini.

Jangan silap langkah dengan tuntutan kemahuan diri anda.

No comments: